Stesen perhentian KLIA_Ekspres

Stesen Sentral Kuala Lumpur

Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah sebuah hab pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 16 April 2001 sebagai ganti kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkan rangkaian perkhidmatan rel, bas dan teksi di bawah satu bumbung.

Terminal Udara KL

Terminal Udara KL(KL Sentral)

Perkhidmatan KLIA Ekspres di Stesen Sentral Kuala Lumpur beroperasi melalui Terminal Udara KL (KL CAT) yang dibuka kepada orang ramai pada 14 April 2002. Ia menggunakan dua pelantar khusus yang berasingan untuk perlepasan dan ketibaan. Selain daripada perkhidmatan KLIA Ekspres, Terminal Udara KL juga menyediakan kemudahan daftar masuk bagasi dan penumpang Penerbangan Malaysia, Cathay Pacific Airways dan Royal Brunei Airlines.

  • Kemudahan
Pelantar perlepasan dan ketibaan KLIA Ekspres di Terminal Udara KL direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan umur dan pengguna. Ia juga mesra pengguna kurang upaya. Antara kemudahan pengguna kurang upaya yang disediakan ialah lif, tandas dan jubin lantai penentu arah bagi memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan serta beberapa kemudahan asas yang lain. Selain itu, khidmat bellboy percuma turut disediakan.Rekaan kedua-dua pelantar tersebut bercirikan konsep pelantar tertutup sesisi. Bahu pelantar dilindungi dinding penghadang berkaca dan pintu keluar masuk pelantar otomatik. Ia bagi menghalang edaran udara berhawa dingin keluar dan sebagai langkah keselamatan sampingan.
  • Butiran
Pertukaran: Kod stesen/tiket: XKLAras lantai: 2Pelantar: tertutup/sesisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:



Stesen KLIA

Perkhidmatan KLIA Ekspres berlepas dan tiba dari Stesen KLIA di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia beroperasi di pelantar khusus dan berasingan dengan KLIA Transit.

  • Kemudahan
Perkhidmatan KLIA Ekspres di Lapangan Terbang Antarabangsa KL beroperasi melalui pelantar khusus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Selain itu, beberapa kemudahan tambahan sampingan terutamanya untuk pengguna kurang upaya turut disediakan di Stesen KLIA.
  • Butiran
Aras lantai: 2Pelantar: tertutup/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi: